Sempat juga aku merakam gambar ini tatkala beraya ke rumah Fizah.

Dari kiri: Fizah, Siti Haniza dan Dila. Kelihatannya mereka sedang bergosip. Brangkali.
Dari kiri: Hamdi dan Jazid. Mereka sedang cerita tentang bisnes. Itu pasti
Berikut perkembangan rakan-rakan yang aku ketahui. Tidak semestinya tepat. Ketepatan hanya boleh disahkan oleh empunya nama.
Fizah: Sambung belajar. Ingin jadi guru yang berwibawa
Siti Haniza: Telah pun menjadi guru yang berwibawa. Kini mengajar di Bukit Kuda, Selangor
Dila: Jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan di Johor Bharu
Hamdi: Belajar. Dan juga bekerja di kilang Drypers sebagai pegawai. Tinggal di Shah Alam. Sesiapa yang sering kencing malam, boleh saja menghubungi beliau untuk mendapat diskaun membeli Drypers. Juga, beliau merupakan ejen insurans preduntial.
Jazid: Tokei kayu, tokei air, tokei van kilang dan tokei gerai jagung kukus yang enak. Masih di Bandar Tenggara.
Aidil: Bekerja di sebuah kilang vendor automatif di lembah kelang juga sebagai pegawai.
Jonet/Khairul Anuar: Bekerja di sebuah syarikat trading yang terkenal di lembah kelang.
N: SME bank kuantan. Sesiapa ynag nak buka kilang kecil, boleh hubungi beliau.
Norazman: Bank Islam Johor Bharu. Personal banking oficer. Boleh saja korang memohan pinjaman peribadi melalui beliau.
Azanni: Kementerian kewangan putrajaya. Sesiapa yang kerja dengan kerajaan dan merasakan gaji tidak mencukupi, boleh saja berhubung dengan beliau. Beliau juga akan mengusahakan perniagaan internet secara intensif dan melakukan urusniaga matawang.
Dan aku, masih disini, mengajar, menjual kerepek secara agresif dan sekali-sekala menjual topup.
Yang lain aku tiada kepastian dimanakah mereka, atau aku terlupa akan mereka. Barangkali mereka-mereka itu boleh menulis komen di bawah dan menyatakan dimanakah mereka berada.
8 comments:
nurlee azizah aka olyn : bekerja sebagai qs di kelab golf danau..sesapa nak main golf boleh jumpa aku..
brape hengget cas nak main golf ni?
oit olyn.. ko xde dlm psidangan skbt tu.. ko x join skali eh?? sure rugi kalo x diorg bole tong tong duit raya.. si hamdi nmpk cam senang hati je.. buat kat umah dia ke apa?? bkn main relax..
aku menetap n bekerja di sunway sebagai web / game programmer yg sengket.. b'hajat ingin m'hijack lorry security kat bank bdekatan.. company sape yg nak buat web bole contact aku. bayaran b'gantung kpd brapa ramai awek cun yg keje kt company tu hahaha..
"m'hijack lorry security kat bank bdekatan"
aku nak join!!
aku pong nak join hiject walaupon bekerja di company golf club tp hutang keliling pinggang..hahahah..aku xsempat dorang dah raya dulu mmg mangkuk dorang nie tinggalkan ketua kelas..hehehe..x sabar betul aku nak buat suprised nie..ada suprised utk everybody...
apa yg surprise tu olyn?? mcm dh x surprise je hehehe...
weiii...olyn.. ko tu balik kg lambat sangat.. terpaksalah kitorg yg masih single mingle ni beraya dulu... hihihi.. lain kali ko balik la awal skit. angkut je si zabran ngan ntah apa nama husband ko aku dah lupa la...sha..sha.. tu karang jd nama ex aku pulak. he..he.. entahlah x ingat lagi dah. zaman ko berdating kat uitm dulu aku ingat ler...tgu depan kolej teratai babe. naik moto...ha..ha..
Post a Comment