Sempat juga aku merakam gambar ini tatkala beraya ke rumah Fizah.

Dari kiri: Fizah, Siti Haniza dan Dila. Kelihatannya mereka sedang bergosip. Brangkali.
Dari kiri: Hamdi dan Jazid. Mereka sedang cerita tentang bisnes. Itu pasti
Berikut perkembangan rakan-rakan yang aku ketahui. Tidak semestinya tepat. Ketepatan hanya boleh disahkan oleh empunya nama.
Fizah: Sambung belajar. Ingin jadi guru yang berwibawa
Siti Haniza: Telah pun menjadi guru yang berwibawa. Kini mengajar di Bukit Kuda, Selangor
Dila: Jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan di Johor Bharu
Hamdi: Belajar. Dan juga bekerja di kilang Drypers sebagai pegawai. Tinggal di Shah Alam. Sesiapa yang sering kencing malam, boleh saja menghubungi beliau untuk mendapat diskaun membeli Drypers. Juga, beliau merupakan ejen insurans preduntial.
Jazid: Tokei kayu, tokei air, tokei van kilang dan tokei gerai jagung kukus yang enak. Masih di Bandar Tenggara.
Aidil: Bekerja di sebuah kilang vendor automatif di lembah kelang juga sebagai pegawai.
Jonet/Khairul Anuar: Bekerja di sebuah syarikat trading yang terkenal di lembah kelang.
N: SME bank kuantan. Sesiapa ynag nak buka kilang kecil, boleh hubungi beliau.
Norazman: Bank Islam Johor Bharu. Personal banking oficer. Boleh saja korang memohan pinjaman peribadi melalui beliau.
Azanni: Kementerian kewangan putrajaya. Sesiapa yang kerja dengan kerajaan dan merasakan gaji tidak mencukupi, boleh saja berhubung dengan beliau. Beliau juga akan mengusahakan perniagaan internet secara intensif dan melakukan urusniaga matawang.
Dan aku, masih disini, mengajar, menjual kerepek secara agresif dan sekali-sekala menjual topup.
Yang lain aku tiada kepastian dimanakah mereka, atau aku terlupa akan mereka. Barangkali mereka-mereka itu boleh menulis komen di bawah dan menyatakan dimanakah mereka berada.